Mayat Budak Lelaki Ditemui Di Bawah Lantai Dapur

0 Comments


KUALA LUMPUR: Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong dan ditemui Jumaat lalu adalah mayat budak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Baca: Mayat Mereput Tanpa Identiti Ditemui Disimen Di Dapur Rumah

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil laporan bedah siasat juga mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak lapan minggu lalu.

“Punca kematian serta identiti sebenar mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya.

Menurutnya, bekas penyewa rumah itu, iaitu lelaki berusia 33 tahun ditahan di Keningau, Sabah pada 7 malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, isteri serta anak lelaki itu masih belum dapat dikesan setakat ini.

“Penahanan itu dipercayai dapat membantu siasatan penemuan mayat berkenaan.

“Ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti hubungan lelaki dan mayat yang ditemui itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Jumaat lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan sebulan lalu. - myMetro Online

0 comments:

Kisah hitam pengasas QU PUTEH yang ramai tidak tahu..

0 Comments

2 ANAK FOUNDER VIDA BEAUTY MAUT KEBAKARAN


Admin dikejutkan dengan kebakaran besar rumah pengasas founder produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman yang melibatkan dua kematian anaknya dan seorang pekerja maut. Punca kejadian masih disiasat oleh pihak bomba untuk mengenalpasti bagaimana kebakaran rumah tersebut berlaku. Datuk Dr Hasmiza Othman iaitu founder Vida Beauty yang bakal keluar dengan program rancangannya sendiri di televisyen selepas hari raya Aidilfitri iaitu 'Diva De Vida' yang pengacaranya ialah selebriti Roslan Shah.





Keluarga Pengasas Vida Beauty Sedih Dengan Kebakaran



2 Anak Lelaki Founder Vida Beauty Meninggal Dunia

Dua anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Vida Beauty, (Gambar Foto) Datuk Dr Hasmiza Othman, dan seorang lagi meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru di sini.

Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11 tahun, dan adiknya Edrie Zikrie, 10 tahun, ditemui di bilik mandi manakala mayat Mohd Nor Syamil, 26, ditemui di tingkat atas selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam Sabtu.

Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Dr Hasmiza. Mohd Nor Syamil dipercayai kakitangan Dr Hasmiza.


Mayat Dikeluarkan Dari Rumah Pengasas Vida Beauty



Dua Kanak-Kanak Rentung Dalam Keadaan Terduduk

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan sedang duduk di atas lantai dan yang lain ditemui terbaring di atas lantai.

Samasuvam berkata dua lelaki berjaya melarikan diri daripada kebakaran dengan melompat keluar dari tingkat atas. Salah seorang daripada mereka dipercayai patah kaki.

"Terdapat beberapa letupan kecil di rumah dan kebakaran itu agak besar," katanya sambil menambah kebakaran itu telah berjaya berada di bawah kawalan kira-kira 30 minit.

Sebuah kereta Bentley dan kereta Perodua Kancil dan beberapa motosikal telah rosak dalam kebakaran.


Kebakaran Rumah Pengasas Founder Vida Beauty


Keluarga Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Sedih

Dr Hasmiza sedang berada di Pulau Pinang pada masa kejadian. Beliau tiba di rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam selepas diberitahu tentang kejadian tersebut.

Jenazah kedua-dua kanak-kanak lelaki itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Dr Hasmiza merupakan pengasas produk kecantikan Vida, yang merupakan pengedar utama untuk produk penjagaan kulit dan makanan tambahan pemakanan.

Beliau juga adalah penerbit kepada program 'talk show' beliau sendiri - Diva De Vida iaitu artis pengacaranya Roslan Shah. - Mstar.



Gambar Kejadian Kebakaran Rumah Founder Vida Beauty



Anggota Bomba Cuba Memadamkan Kebakaran Rumah Founder Vida Beauty

Keadaan Rumah Founder Vida Beauty Berjaya Dipadam Bomba

Siasatan Punca Kebakaran Rumah Pengasas Vida Beauty

Jenazah Mayat Anak Pengasas Vida Beauty Disemadikan Dikebumikan


Kisah Sedih: Anak-Anak Dr. Hasmiza Pakai Baju Raya Semasa Kejadian Kebakaran
Dikemaskini 5 Ogos 2013 - "Pukul 2 petang sebelum saya pergi ke Pulau Pinang pada hari kejadian, anak-anak saya dah pakai baju raya," kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman.

Mengenang kembali saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Dr Hasmiza berkata anak-anaknya masih memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya pada 9 malam, Sabtu lepas tiga maut termasuk dua anak Dr Hasmiza, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

Muhammad Eddie dan Muhammad Eddry adalah anak pertama dan kedua dari empat beradik.
Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri.

Dr Hasmiza berkata ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang atas satu urusan dan menerima panggilan telefon pada 9.10 malam, yang memaklumkan rumahnya terbakar.
"Saya tanya, rumah mana? Mereka jawab rumah pekerja. Meraka kata anak ada dalam rumah tu.


Sesuatu yang mengejutkan kerana anak saya tidak pernah pergi ke situ. "Setiap malam mereka akan menunaikan solat Tarawih tapi malam tu tak pergi Tarawih, saya akur mungkin ajal sudah memanggil mereka sebab dah tiga kali nak lari keluar (dari rumah semasa kebakaran) tapi tidak keluar.

"Sebagai contoh, mereka dengar api, mereka turun ke tingkat bawah, tetapi kemudian naik semula ke tingkat atas, pekerja saya Khairul dah dukung dan pegang anak-anak saya, tapi Syamil kata dia tak boleh bernafas dan masuk ke bilik air, anak-anak saya meronta-ronta nak ikut Syamil, padahal bukan rapat sangat dengan Syamil," kata beliau yang tidak dapat menahan sebak sepanjang sidang akhbar di kediamannya di sini, Isnin.



Barang Peribadi Anak Dr Hasmiza Sebagai Kenangan Berupa Jam Tangan dan Telefon Bimbit


Anak Dr Hasmiza Diajak Ke Rumah Pekerja


Dr Hasmiza berkata beliau difahamkan ada pekerja yang mengajak anak-anaknya ke rumah berkenaan sementara menunggu kepulangannya dari Pulau Pinang sebelum mereka ke rumah anak yatim berhampiran untuk menyampaikan sumbangan.
Rumah kediaman pekerja berkenaan hanya terletak beberapa meter dari rumah keluarga Dr Hasmiza dan pejabatnya.

Menyifatkan Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie sebagai anak yang soleh, beliau berkata mereka tidak pernah meninggalkan solat serta gemar membaca Al-Quran.


"Saya nak hantar mereka ke sekolah tahfiz tapi saya kata sebelum saya hantar, saya nak ajar puas-puas dulu supaya mereka dah pandai, dan cikgu perlu ajar sikit-sikit sahaja," katanya sambil menceritakan ketika pulang ke rumah pada malam kejadian, sejadah yang digunakan anaknya masih terbentang sedangkan kebiasaannya mereka akan lipat sejadah itu selepas solat.

Meskipun Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggalkannya pada usia muda, beliau berpuas hati kerana banyak meluangkan masa bersama serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada mereka. "Saya juga tak rasa menyesal tidak tengok mayat anak-anak saya. Saya rasa cukuplah saya dah tengok mereka dalam keadaan memakai baju raya petang itu," katanya.


Usahawan wanita itu juga berkata beliau sudah melihat sebahagian rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak bomba selepas melihat keseluruhan rakaman itu.

Pada sidang media itu, Dr Hasmiza turut menunjukkan dua jam tangan yang dipakai kedua-dua anaknya ketika kejadian, dan beliau percaya mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan asap tebal kerana jam tangan berkenaan masih dalam keadaaan baik.

Beliau juga menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada mercun kerana ketika kejadian, anak-anaknya sedang bermain permainan video di tingkat atas rumah berkenaan. - Bernama.






Admin mengucapkan takziah kepada keluarga pengasas Vida Beauty yang baru kehilangan dua orang anak lelaki yang mereka sayang. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi mereka sehingga nyawa diambil kembali walaupun dipinjam hanya sekejap, kami mendoakan semoga mereka yang terkorban dicucuri rahmat. 


Semoga kejadian kebakaran ini akan menjadi pengajaran kepada kita untuk lebih berhati-hati dengan peralatan dan kelengkapan yang ada dirumah yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku.


 Tidak tahu punca sebenar kejadian kebakaran ini tetapi sudah tentu melibatkan peralatan yang mudah terbakar dan cepat merebak sehingga tidak semua dapat menyelamatkan diri. Takziah sekali lagi, ikhlas daripada kami. Al-fatihah.







ADMIN mengucapkan Takziah & Al-Fatihah kepada pengasas kosmetik Vida Beauty, Dato’ Vida

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

0 comments:

PELAKON JELITA TANAH AIR KEMBALI TIDAK BERTUDUNG

0 Comments




Entah apa yang bermain di fikiran pelakon jelita Nina Iskandar apabila tiba-tiba saja tidak lagi mahu mengenakan hijab.


Itu pun selepas teman Cik Pang beritahu, ternampak beberapa foto terbaru pelakon itu yang tidak lagi berhijab dan dikongsi secara terbuka di laman sosial Instagramnya.


Cik Pang tidak nafikan diri sendiri bukan bijak sangat dalam soal agama tapi sebagai orang Islam, semua tahu soal hukum, halal haram bukan boleh buat main-main.


Malah, kalau ditanya sesiapa pun, terutama orang Islam yang berpendidikan agama yang tinggi atau rendah, soal menutup aurat adalah wajib.


Namun biasalah, Cik Pang ini siapa yang nak tegur. Jadi, mahu atau tidak semuanya berbalik pada hati, biar keluarga Nina saja yang tanggung dosa pahalanya.


Sebab Cik Pang pernah terbaca, anak gadis yang belum berkahwin selagi berbuat dosa kecuali bukan dosa besar, bapa yang terpaksa menanggungnya.


Apa sekalipun, tepuk dada, tanya iman. Mungkin Nina ada alasan kukuh terpaksa melepaskan hijabnya.


Cik Pang doakan semoga Nina teruskan beristiqomah supaya menemui fokusnya yang sebenar. Lagipun, jujurnya ramai yang sayangkan Nina, sebab itu ada yang menegur

0 comments:

Cara Jaga Hati Si Kecil Soal Kehilangan

0 Comments


Cara Jaga Hati Si Kecil Soal Kehilangan

Memang sukar untuk terima berita kesedihan atau kehilangan, tambah pula bagi dunia si kecil yang hanya nampak keindahan semata. Sebagai ibu bapa, khabar pahit tidak harus dirahsiakan daripada si kecil. Tetapi perlu ada cara tertentu agar si kecil tidak merasa tertekan dan tidak selamat. Lima tips di bawah mungkin boleh membantu:
 

 

1. Tunggu usia tujuh tahun

Apabila anak memasuki alam persekolahan, pemikiran mereka lebih terdedah dan persoalan demi persoalan akan mula terjah pemikiran, mereka akan mula bertanya kepada anda tentang pelbagi perkara. Minda anak-anak makin mampu menerima maklumat yang logik. Dan anda boleh menceritakan tentang peristiwa hitam yang melanda keluarga. 
 

 

2. Aju pertanyaan

Bertanyalah tentang perasaannya. Mungkin si kecil merasa takut. Atau mungkin mereka hanya ingin mengetahui perkara yang sebenar. Ini kerana dalam usia yang sebegini, si kecil mungkin tidak pandai menerangkan perasaan sebenar mereka melainkan apabila ditanya.
 
 
 

3. Berikan jaminan

Kehilangan seseorang yang penting pastinya sukar buat seseorang individu yang matang. Tetapi jangan sesekali memandang rendah kepada si kecil dan menganggap mereka tidak mampu merasa kesedihan yang sama. Tekanan yang dialami oleh si kecil pastinya lebih. Berikan jaminan kepada mereka bahawa mereka tidak akan keseorangan di dunia ini dan anda akan sentiasa berada disisinya. 
 
 
 

4. Beri ruang pada si kecil

Jangan memaksa si kecil untuk menerima hakikat tersebut seperti mana anda menerimanya. Si kecil masih mentah serta masih belajar untuk menerima erti sebuah kehilangan. Berilah masa padanya untuk bersendirian. Sentiasa yakinkan si kecil bahawa anda tidak akan meninggalkannya agar si kecil tidak merasa tekanan yang berganda.
 

 

5. Gunakannya sebagai salah satu didikan

Apabila kita kehilangan seseorang yang dikasihi, bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi sepanjang masa. Mungkin melalui pengalaman ini, anda boleh mendidik si kecil tentang pentingnya kasih sayang serta menghargai mereka yang dikasihi ketika masih hidup. Ini akan mengajar si kecil untuk lebih menghormati serta menyayangi setiap insan di sekelilingnya.  

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

0 comments: