TOP 10 !! ARTIS WANITA PALING CANTIK DI MALAYSIA. NOMBOR 3 TUBUH MANTAP, CANTIK ORANGNYA!!
Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan
artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya.
Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang
agak jarang melihat artis muncul tanpa mekap, apatah lagi dengan penampilan wajah
asli.
Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah
apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah ‘Pan-Asia’ tetap tampil
menawan walaupun tanpa secalit mekap.
Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa ‘darah campuran’ seperti
Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek.
Justeru, ikuti paparan menarik yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikan
oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah usia 30 tahun.
Elfira Loy
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari
dan menjaga pemakanan hariannya.
“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis
orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja.
Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun
daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang
daki pada badan.
“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga
tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak
lembap setiap masa,” katanya.
Izara Aishah
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.
Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh
makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan
apa saja yang dihidangkan,” katanya.
Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali
ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu
adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.
Anzalna Nasir
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga
memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh
dan pendek.
Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu,
turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa
bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
Nur Fathia
Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula
dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang
juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini
dia sudah menemui jalan penyelesaian.
“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya
tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula
jadi yang selamat.
“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan
mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan
saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.
“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali
keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka
setiap hari,” katanya.
Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran
matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia
yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari
Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.
Neelofa
Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat j
elita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor
ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.
Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem
Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona
dan Meletop.
Kilafairy
Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis ini bijak dalam penampilan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak
bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri
tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.
Emma Maembong
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan
Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan
jelita walaupun tanpa mekap.
Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering
tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai iklan ini pernah
membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita
Harian 2012 (ABPBH2012).
Tasha Shilla
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.
Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita
Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.
Nelydia Senrose
Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah
lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.
Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar
Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam
cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana
Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.
Wawa Zainal
Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya
yang jelita sentiasa terpelihara.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak
air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.
“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap
dua minggu sekali,” katanya.
Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak
Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari.
Mengakui dia turut menitikberatkan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.
0 comments: