5 Gambar kemalangan Ngeri,Kereta dihempap struktur papan tanda
5 Gambar kemalangan Ngeri,Kereta dihempap struktur papan tanda – Tiga terbunuh selepas kereta dinaiki dihempap struktur papan tanda yang tumbang akibat dilanggar treler yang terbabas di Kilometer (KM)399.6 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Tanjung Malim kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Jurucakap Bomba Negeri berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kejadian membabitkan treler dan kereta.
“Tiga pemandu serta penumpang kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
“Mangsa yang maut seorang lelaki dan dua wanita dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, operasi tamat pada 7.26 pagi.
0 comments: