TAK JUMPA JALAN PULANG KERANA DISOROK ORANG TENROG?

0 Comments


KOTA BHARU – Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi
 yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah 
selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama
 enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu.

Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar 
kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan
 bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10.

“Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak
 jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut 
mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

“Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok
 di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama 
pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka,” katanya kepada media ketika 
ditemui di Wad 5 Pedriatik  Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

Terdahulu Missudiar dan Noreen yang ditemani ibu masing-masing menerima kunjungan
 daripada Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku 
Abdul Aziz bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tengku 
Abdul Rahman.

Sementara itu, ibu Missudiar, Rosita Bahir berkata, anaknya kini sudah 
menunjukkan perkembangan yang baik selepas empat hari berada di HRPZII di
 bawah pengawasan doktor pakar.

“Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia  lebih ceria sebab dapat banyak
 hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Missudiar mendakwa ada mendengar bunyi helikopter tentera dan 
pernah menjerit kepada anggota pasukan penyelamat di kawasan berhampiran mereka.

Namun peliknya, jeritannya itu tidak didengari pasukan penyelamat walaupun jarak antara 
mereka dengan kumpulan tujuh kanak-kanak hilang itu tidak jauh.

Pengakuan itu diceritakan Akek Bahir, 46, bapa saudara Missudiar ketika ditemui di
 HRPZII, semalam.
Katanya, Mussudiar dapat mendengar bunyi helikopter yang melintasi mereka yang 
ketika itu dianggarkan berada kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada 
hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.

“Malah,  ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-
kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak 
dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang 
maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya.

Akek yang juga Penghulu Kampung Gawen itu percaya pasukan penyelamat gagal 
mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang ‘dijaga’ oleh Tenrog (orang bunian).

"Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas 
empat hari mereka hilang.

“Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui
 atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: