(Video) Lelaki Tampar Mat Bangla Cuci Kereta Dikecam Netizen
Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.
(Video) Lelaki Tampar Mat Bangla Cuci Kereta Dikecam Netizen |
Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.
Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya.
Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu beberapa kali.
Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dirujuk kepada hospital.
“Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit,” tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu.
Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 10,000 penguna Facebook dan mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki itu.
Dipetik dari FB Atie Abdul Hamidrakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana…
rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin... siapa pun kita, sekaya mana pun kita... jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina... npk mmg sikit... tp smp skrg darah x berhenti... bangla refer klinik... klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital * semoga diberi hidayah kpdnya... saya maafkan & halalkn upah cuci kereta td... jangan terlalu mendongak ke langit...
0 comments: