Melayu dan Babi
Dua tiga hari ini bangsa Melayu Malaysia gelabah beruk apabila terdapat alkohol di dalam beberapa jenama ubat demam yang di pasarkan di Malaysia. Walhal, fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah lama mengharuskan ubat jenis tersebut dengan kuantiti alkohol tertentu.
Mulalah timbul golongan cetek agama yang mencadangkan agar proses sertu perut dijalankan kepada sesiapa yang tanpa sengaja menelan benda haram tersebut. Macam mana proses sertu perut tersebut. Adakah mungkin sental perut dengan berus berduri?
Melayu Malaysia memang sensitif dengan babi, alkohol dan salib. Asal ada lambang seakan-akan abjad 't', mereka akan mengatakan itu satu penghinaan dan konspirasi. Malah, tiang salib yang digantungkan di rumah ibadat agama tersebut turut diisukan oleh Melayu Malaysia. Hal ini menunjukkan bertapa rapuhnya iman dan akidah umat Melayu Malaysia.
Malangnya, perkara-perkara seperti rasuah, riba, berpegangan tangan bukan muhrim, rokok, Tiger, Thai Song, berjoget di kelab malam bersama bukan muhrim, zina dan blowjob yang terang-terangan haram dan salah di sisi Islam tidak mendapat perhatian Melayu Malaysia. Hanya babi sahaja yang haram selama-lamanya.
Tukarlah mindset kita semua...
0 comments: