Elak Suami Disambar Wanita Lain
Kecewa... Itu luahan seorang wanita apabila suaminya disambar wanita lain. Pedihnya, hanya yang menanggung akan tahu. Tetapi janganlah kita mudah berputus asa. Dewi sekalian, sesuatu perlu dilakukan, dan lakukan bermula dari sekarang.
1. FAHAMI SUAMI ANDA
Lelaki berbeza dengan wanita terutama dari pemikiran. Jangan salahkan suami jika mereka cenderung untuk berdiam diri jika bergaduh. Hal ini bukan kerana suami tidak mahu melayan anda sebaliknya memberi peluang untuk anda membebel kerana mereka percaya wanita akan merasa 'puas' dan cepat tenang setelah meluahkan segala ketidakpuasan hati.
Jangan terus menyalahkan suami sebaliknya fahami sikap suami kerana tolak ansur adalah kunci utama kebahagiaan. Jika anda mahu suami turut bertikam lidah bersama anda, perkara besar pasti berlaku. Jika suami anda seorang yang pendiam, fahami dia sebagai seorang yang tidak banyak bercakap.
2. JAGA MAKAN MINUM SUAMI
Walau sesibuk mana pun anda sebagai wanita bekerjaya, masakan isteri mampu 'menjinakkan' suami kerana masakan siteri lebih berkhasiat, selamat dan bersih untuk seorang suami. Bayangkan jika anda memasak makanan kegemaran suami, mana mungkin suami menolak hidangan kegemaran untuk dinikmati bersama.
Isteri yang memasak untuk suaminya, bukanperbuatannya itu dikira satu pahala. Tetapi sebutir beras itu adalah satu pahala. Maka tersangatlah rugi jika orang lain atau orang gaji yang masak untuk anda sekeluarga.
3. PELIHARA KECANTIKAN
Biarpun sudah mendirikan rumahtangga lebih sepuluh tahun, tidak bermakna anda boleh mengabaikan kecantikan. Seorang lelaki gemar melihat sesuatu yang cantik dan indah. Ambillah kesempatan untuk tampil cantik di mata suami supaya suami tidak melihat keindahan di luar.
Cantik tidak semestinya anda perlu mengenakan solekan tebal sepanjang hari. Cukup memadai anda merawat kulit supaya tidak kusam, tidak berminyak dan kasar. Apabila kulit bersih dan sekata, hanya solekan tipis saja boleh menampakkan kecantikan semulajadi anda. Keraplah mengenakan losen supaya tapak tangan lebih halus.
4. KESIHATAN DALAMAN
Jangan jadikan 'kerjaya' suri rumah sebagai alasan anda tidak perlu mengenakan wangian atau pakaian yang kemas di dalam rumah. Biarpun anda hanya berada di dalam rumah, menjaga anak dan melakukan tugas rumah juga boleh mendatangkan peluh dan rasa penat seperti wanita yang bekerja.
Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan seperti elak berbau badan, kawal pemakanan supaya tidak berpenyakit dan menjaga dalaman wanita. Amalkan senaman dan perbanyakkan mengambil air kosong beserta supplemen tambahan untuk tenaga.
Walaupun tip ini agak klise tetapi faktor masa dan kesilapan diri yang tidak disedari boleh menjadi punca yang anda abaikan setelah bergelar isteri. Yang penting, elak sambut suami dengan kain batik kerana boleh jadi suami keluar semula kerana suami sangkakan isteri rupanya bibik!
sumber: Keluarga
0 comments: