'Ikat' Suami Di Rumah Kala Hujung Minggu

0 Comments

'Ikat' Suami Di Rumah Kala Hujung Minggu


Perempuan cukup suka kalau suami ada di rumah dan melayan karenah anak-anak bersama membantu selesaikan kerja rumah, tambah pula pada hujung minggu. Tetapi ada yang lelaki lebih suka menghabiskan hobinya bersama rakan di luar dan mungkin selesaikan kerja di pejabat, walaupun hari cuti. Agaknya kenapa, ya? 
Ketahui beberapa tip yang boleh anda lakukan agar suami lebih suka duduk rumah, jom selongkar...
1. Bangun awal pagi daripada suami dan siapkan makan paginya walau sekadar nasi goreng dan kopi. Sibuk macam mana pun anda di hujung minggu, selitkan waktu untuk menyiapkan minum dan sarapan pagi suami. 
2. Sediakan makan malam yang romantik di rumah. Bukan selalu, sesekali bolehlah anda cuba candle light dinner berdua. Nak lebih erat, ajak pasangan masuk dapur bersama, tolong mana yang boleh. 
3. Penampilan juga perlu dijaga, bersolek dan wangi untuk suami terus dapat pahal, bukan? Jadi jangan cantik molek hanya apabila nak keluar berjalan atau ke pejabat sebab cantik suami lagi bagus. Bonusnya, suami anda pasti senang hati dan sedap suka tengok anda ada di depan matanya. Tidak perlu solek berlebihan, yang penting bersih dan tidak selekeh.
4. Sesekali boleh ajak suami untuk membeli DVD filem yang dia suka. Tidaklah si dia bosan apabila ada aktiviti bersama di rumah.
5. Curi peluang untuk main air ketika cuci kereta bersama pasangan, ada anak-anak join lagi meriah! 
6. Jika suami ada hobi yang unik, anda perlu tunjuk minat. Belajar dan sekurang-kurangnya ambil tahu tentang apa yang si dia minat. Lagi bagus jika anda perlahan-lahan turut sama minat hobinya. Senang pasangan nak kongsi cerita. 
7. Penuhi hujung minggu dengan aktiviti yang sihat, mungkin boleh ajak pasangan bersenam. Tidaklah pasangan anda rasa bosan dan pastinya kesihatan dia juga lebih terjaga. Bagi lelaki yang minat sukan, ini rahsianya. Tidaklah anda ditinggalkan di rumah bersama anak-anak saja semata lelaki mahu keluarkan peluh.
8. Ubah perabot juga boleh jadi sesuatu yang menarik. Cuba kongsi idea bagaimana untuk hias rumah atau cipta kelainan suasana dalam rumah. Kalau si dia jenis tidak suka bab ini, anda boleh minta tolong. Alang-alang si dia sudah sentuh, mestilah pasangan anda terus join sekali. 
9. Sesekali jemput jiran atau saudara mara makan bersama di rumah dengan suami. Ini boleh eratkan hubungan anda dengan suami dan jiran tetangga. Keluarga dan mentua pun mesti senang hati tengok anak menantu berkumpul bersama, meriah!
10. Pasang lagu dan muzik yang dia minat, ini boleh cuit kenangan bercinta zaman masih muda. 
11. Sediakan mainan untuk anak-anak main bersama suami anda, lagi elok mainan seperti puzzle yang memerlukan pertolongan ibu bapa atau bermain bola di luar rumah bersama keluarga. Lari-lari anak kejar bola pun boleh cipta suasana harmoni. 
Tidak susah, bukan untuk ungkap rasa cinta pada pasangan hidup? Dengan keselesaan suasana di rumah dan tanggungjawab yang anda tonjolkan, pasti suami akan rasa dihargai dan diperlukan. Cuba pilih mana-mana tip yang dikongsi untuk curi hati pasangan. Siapa tahu cara ini mampu mengikat kasih sayang yang dibina dalam keluarga. 

sumber: Keluarga

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: