Stail ibu bekerjaya

0 Comments



 WANITA

Walaupun usia terus meningkat, namun itu bukan penghalang untuk terus bergaya. Berikut adalah tip-tip buat ibu yang ingin kelihatan anggun dan bergaya padan dengan usia mereka.

Blazer
Blazer adalah salah satu pakaian asas buat wanita yang berkerjaya. Sepasang blazer boleh membuat seseorang kelihatan lebih profesional dengan serta-merta. Kain seperti linen tidak sesuai kerana senang berkedut, pilih jaket dengan fabrik ringan dan selesa seperti gabardine. Untuk sedikit kelainan, fabrik tweed yang ringan juga sesuai dan bergaya. Anda tidak perlu memiliki banyak blazer, pilih warna-warna yang neutral dan klasik seperti hitam, kelabu dan beige supaya ia boleh dipadankan dengan aneka warna. Pastikan labuh tangan tidak terlalu panjang, dan labuh baju yang paling sesuai untuk kebanyakan jenis badan adalah separas punggung.

Celana
Selain blazer, celana yang berpotongan elok juga adalah asas buat wardrobe seorang wanita berkerjaya. Celana berpotongan slim atau lurus yang panjangnya separas buku lali sesuai dipadankan dengan sepatu bertumit tinggi atau kitten heels. Celana berpotongan palazzo juga chic dan selesa, tapi harus dipadankan dengan sepatu bertumit tinggi untuk kelihatan lebih sofistikated. Elakkan memakai celana palazzo dengan sepatu flat jika tidak mahu kelihatan terlalu santai.

Blaus
Blaus adalah item yang anda boleh pakai mengikut trend fesyen dan untuk membangkitkan pesona diri anda. Beranikan diri untuk mencuba rona-rona ceria atau blaus yang bercorak. Blaus sifon ini boleh dipakai tucked in ataupun di luar. Kemeja cotton polos yang mempunyai perincian seperti pin tucks dan pleats juga sesuai untuk kelihatan lebih formal. Buat kemeja cotton yang berwarna putih, pastikan ia bersih dan putih tanpa sebarang kekuningan.

Hijab
Untuk wanita yang berhijab, pastikan tudung kemas dan tidak terlalu rumit. Selendang shawl yang dililit rapi dan dipadankan dengan kerongsang yang ringkas sudah cukup. Elakkan memakai kerongsang yang terlalu besar atau sarat berambu-rambu.

sumber: NONA

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: