Kecoh ibu intip anak gadis lakukan hubungan intim dengan teman lelaki dikelas

0 Comments



Melaka : Seorang pelajar Tingkatan Empat di Jasin telah melakukan lebih daripada mengulangkaji pelajaran di sekolah - dia didakwa turut melakukan hubungan s*ks dengan beberapa pelajar lelaki, termasuk di dalam kelasnya juga.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu akhirnya mengakui tentang keinginan luar biasanya selepas ibunya yang berusia 40 tahun melakukan intipan dan membongkar apa yang telah berlaku kepada anak perempuannya serta 8 pelajar lelaki sejak Mei lalu.

Dipercayai pelajar-pelajar lelaki itu datang ke rumah apabila bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dua adik dan ibunya berada di tempat kerja atau tiada di rumah.

Pada Selasa minggu lepas, ibunya yang mencurigai sesuatu bertindak melakukan intipan ketika gadis itu berseorangan di rumah.

Wanita itu sangat terkejut dan marah selepas dia melihat beberapa budak lelaki memasuki rumahnya.

Pada mulanya, gadis itu menafikan ada melakukan apa-apa bersama rakan-rakan sekolahnya, tetapi selepas soal siasat berterusan oleh keluarganya, dia mengaku ada melakukan hubungan seksual yang sangat menggemparkan.

Remaja itu mengaku kepada ibu bapanya bahawa sejak meniduri salah seorang daripada pelajar-pelajar lelaki itu di rumahnya pada bulan Mei lalu, dia mulai bertambah "nakal" dengan 7 yang lain pula di pelbagai tempat, termasuk di sebuah pondok kosong berhampiran rumahnya dan mengejutkan juga berlaku di dalam kelas di sekolah.

Yang terbaru berlaku pada Jumaat minggu lepas, didakwa di dalam kelas selepas sesi sekolah berakhir.

Keluarga itu kemudian membawa gadis itu untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Semalam, polis telah menahan 8 remaja lelaki berusia 15 dan 16 untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Muhd ​​Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan, dan berkata, siasatan akan diambil alih oleh Ibu Pejabat Polis Melaka selepas kes ini mendapat perhatian Jabatan Pendidikan. -Thestar

0 comments:

Serbuan Pasukan Tindakan Khas Anti Mak siat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) memeranjatkan

0 Comments



gambar hiasan
Kuala Lumpur : Ketua Polis Negara mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menahan 25 orang dan merampas 80 buah komputer di sebuah pusat judi online di Rampai Business Park, Setapak, semalam.

"Syabas STAGG@PDRMsia semlm tkap 25 org dan rampas 80 comp di pusat judi di Rampai Business Park Setapak. Go PDRM Go," kata Khalid dalam twitternya.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan itu, Komander Pasukan STAGG, Datuk Rodwan Mohd. Yusof berkata, dalam serbuan 9.30 malam itu, empat penjaga kedai iaitu tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan bersama 21 kaki judi.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun.

Selain itu, katanya, polis turut merampas wang tunai, 80 komputer, pelbagai peralatan capaian Internet dan telefon bimbit.

HarianMetro 

0 comments:

Perghh!!! Tidak Serik keritikan "i pakai gini yang tanggung i bukan U oLLss'

0 Comments


Perghh!!! Tidak Serik keritikan "i pakai gini yang tanggung i bukan U oLLss'





0 comments:

SUBHANALLAH.. Anjing ini selamatkan bayi yang baru dilahirkan setelah dibuang Ibunya...

0 Comments


Gambar seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial semalam.

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.

Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan.

Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu. - Thehypemedia

0 comments:

KEGIATAN TIDAK BERMORAL PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 4 DI KESAN

0 Comments



Melaka – Jabatan Pendidikan Melaka akan melakukan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang melakukan kegiatan tidak bermoral dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya di Jasin.

Pengarahnya Abu Bakar Sahari berkata siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.

“Kami akan meminta pihak sekolah untuk membuat laporan penuh berhubung kes ini selepas siasatan polis selesai untuk tindakan lanjut yang perlu diambil di peringkat sekolah.

“Kami terkejut apabila mengetahui perkara ini. Kes ini adalah terpencil … pihak jabatan memandang serius hal ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semua pelajar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu akan dipanggil pihak sekolah dan diberi sesi kaunseling secara intensif bagi memberi kesedaran kepada mereka.

“Pihak sekolah dan jabatan juga akan terus memantau perkara ini agar tidak berulang atau berlaku pada pelajar lain atau di sekolah lain,” katanya, lapor Bernama.

0 comments:

MACAM-MACAM. Video 'Wrestling" Gadis Kelantan Tersebar

0 Comments



SEBUAH lagi video yang memaparkan aksi pergaduhan melibatkan ‘gadis Kelantan’ kini menjadi viral menerusi media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 12 saat, kedua-dua wanita yang dipercayai di dalam lingkungan 20-an itu seakan-akan bergaduh sengit di dalam sebuah perlawanan gusti.

Sorakan penonton di sekelilingnya yang menyorak “bengong natang nok sangat, haa pukoi haa, buh lagi buh lagi (beri/balas lagi), haa mu nok kan,“ juga jelas kedengaran.

Dilihat gadis yang sedikit gempal berjaya memberi asakan hebat membuatkan gadis yang berbadan ramping dibelasah sehingga bertubi-tubi.

Namun tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang ‘pengadil’ perlawanan yang bertindak seperti mengumumkan pertandingan sudah tamat dan kemenangan nampaknya memihak kepada gadis yang sedikit berisi.

Kami masih tidak mendapat maklumat apakah punca sebenar pergaduhan tetapi daripada gaya pertuturan dialek Kelantan mereka, boleh disimpulkan yang mana pergaduhan adalah disebabkan kerana ‘merebut’ lelaki.

Agak sedih sebenarnya melihat kelakuan-kelakuan wanita yang seperti ‘gangster’ sebegini.

Lagi menyedihkan apabila melihat reaksi manusia di sekelilingnya yang menyorak keseronokkan ditambah pula kerlibat beberapa sotong yang diantaranya berbaju merah seperti di dalam visual.

Sebagai lelaki, anda sepatutnya menghentikan perbuatan mereka dan bukannya menjadi ‘cameraman’ kepada mereka.

‘Nate beruk’ sungguh ‘sotong-sotong’ ni…

Sebelum ini juga, sebuah video yang turut memaparkan ‘gadis Kelantan’ membelasah seorang wanita telah pun menjadi viral dan dua suspek pergaduhan dilaporkan telah ditahan reman. – MYNEWSHUB.CC 

0 comments:

Pelajar perempuan tingkatan 5 diperkosa sebelum dikelar

0 Comments

Rupanya pelajar tingkatan lima dirogol sebelum dibunuh | Georgetown: Pelajar perempuan tingkatan lima yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain memetik Bernama.

Pelajar perempuan tingkatan 5 diperkosa sebelum dikelar
Intan Suraya Mawardi, 17, dibunuh teman lelakinya yang cemburu.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua pisau dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini

0 comments:

FOTO Siti Saleha Di Viralkan - Berpeluk Dengan Bukan Muhrim

0 Comments


 Tak jadi masuk meminang,,, itulah kata pengirim email gambar-gambar Siti Saleha @ N0ra Elena bers0sial (berhibur) bersama rakan-rakannya... Lagi gambar memusnahkan hati lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya....

Update: -Kemungkinan besar wanita dan laki di dalam gambar ini ialah kaum kerabat Siti Saleha juga... Maklumlah dia kan mixed. ...And by the way, bers0sial bukannya bermakna buat perkara tak el0k... Macam kita kalau bersosial kita pergi main futsal or minum kat kedai mamak....

Petang semalam masa tengah lepak minum petang, ,,tiba-tiba terbuka TV3 dan terteng0k drama N0ra Elena.... Sekali tue terus melekat sebab ada Siti Saleha nie.... Carik punya carik, rupa-rupanya Siti Saleha baru berumur 19 tahun dan merupakan adik kepada Sam Bunkface... Patutlah ada muka mix sikit....

Untuk pengetahuan,,, Siti Saleha selalu keluar iklan-iklan k0mersil.... Sebab itulah korang rasa muka dia familiar sikit.... Dan kalau tak silap drama Nora Elena ini merupakan drama pertama Siti Saleha memegang watak utama... Kalau salah tolong betulkan ye....

Lagi 9 keping gambar Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya....








A

0 comments: