Wanita dakwa berjaya rakam gambar pari-pari

0 Comments


Wanita dakwa berjaya rakam gambar pari-pari
Anak-anak Lisa mendakwa makhluk berkenaan adalah 'Tinkerbell', watak pari-pari cerita dongeng yang popular. - Foto Twitter













KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Northampton, United Kingdom, mendakwa pari-pari
 yang biasa dilihat dalam drama TV dan kartun sebenarnya wujud di dunia sebenar.

Lisa Wildgoose, 42, seorang jurugambar dan pemilik kedai fotografi, membuat dakwaan 
berkenaan selepas sekeping gambar yang diambilnya memperlihatkan sejenis haiwan yang menyerupai makhluk alam fantasi itu.

Gambar itu diambil Lisa ketika sesi fotografi bersama sebuah keluarga di taman purba, 
Bluebell Woods, yang menempatkan pelbagai spesis bunga-bungaan.


Perkara tersebut hanya disedari Lisa apabila gambar tersebut dimuat naik ke komputernya 
selepas pulang dari sesi fotografi berkenaan.

Lisa kemudiannya memanggil dua anak kembarnya, Mia and Madison, 5 tahun, untuk
 melihat gambar tersebut dan reaksi pertama mereka ialah "Itu Tinkerbell!"
Ini bukan kali pertama dakwaan tentang kewujudan pari-pari dibuat. Tahun lalu, pensyarah 
dari Manchester Metropolitan University, John Hyatt, turut membuat dakwaan tersebut 
selepas berjaya merakamkan gambar makhluk yang hampir serupa di Lembah Rossendale, Lanchaster.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: