Isu Edry KRU tidak kenal Michael Ang, ini jawapan pedas Michael kepada Edry yang paling Win

0 Comments


Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015 Edry Abdul Halim, 39, menyifatkan semua kenyataan Twitter daripada pengarah drama Michael Ang berhubung konsert akhir pr0gram realiti terkenal itu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam sebagai pendapat yang tidak relevan.

Edry yang juga penerbit album dan kmposer berkata, dia tidak mahu ambil peduli mengenai perkara itu kerana pandangan berkenaan bukan diluahkan oleh individu yang berpengetahuan dalam bidang muzik.

“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada 0rang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," katanya yang juga anggota kumpulan KRU dan Mojo.

Edry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Michael di Twitter yang dilihat kurang senang dengan kemenangan Sufi dan pemilihan lagu serta artis yang membuat persembahan di pentas akhir AF2015 yang dianggap mempunyai kaitan dengan KRU Music.

Berikutan beberapa kenyataan Twitter daripada Michael ketika konsert akhir berlangsung semalam, pengarah itu turut dihentam teruk sebahagian besar pengikut laman s0sial berkenaan.

Kenyataan dikeluarkan pengarah drama M.A.I.D itu dianggap tidak profesi0nal...
Sementara itu, Michael ketika dihubungi berkata, semua kenyataannya di Twitter mengenai AF2015 bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikai mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan saja.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: