Abang Gam Mata Adik Kerana Cemburu

0 Comments



Ini merupakan satu kejadian yang berlaku di Riyadh, Arab Saudi. Seorang kanak-kanak yang baru berumur 18 bulan dilaporkan telah gam mata adiknya yang berusia 8 bulan.

Ini dikatakan berlaku kerana kanak-kanak itu merasa cemburu adiknya lebih disayangi.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan telah menunggu ibunya tidur sebelum bertindak mengambil sebotol gam dari dalam laci dan memicitnya pada mata adiknya.

Bapa kanak-kanak itu iaitu Atallah Al Anzi berkata, dia percaya anaknya itu bertindak sedemikian kerana cemburu kerana adiknya itu lebih diberikan tumpuan oleh beliau dan isteri.

“Doktor membalut mata anak saya selama lima hari dan memberi keyakinan kepada saya bahawa dia dalam keadan baik dan matanya akan pulih seperti sedia kala,” kata Atallah.

Kesian adiknya. Semoga cepat sembuh. Ayah dan ibu juga kerana mainkan peranan, jangan terlalu sayangkan seorang anak dari anak yang lain.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: