Culik mayat untuk dijadikan pengantin perempuan dalam ritual kahwin hantu

0 Comments

ritual kahwin hantu

Culik mayat untuk dijadikan pengantin perempuan dalam ritual kahwin hantu

Menurut Xinhua, suspek utama dan dua rakannya berpura-pura menjadi keluarga wanita terbabit dan menjualnya dengan harga 25,000 yuan (RM14,500) kepada seorang pembeli. Penduduk kampung yang melihat mereka mencari kubur wanita itu minggu lalu menghubungi polis yang menangkap mereka. Amalan perkahwinan selepas mati itu berusia ratusan tahun dan sering dilakukan di kawasan pedalaman miskin yang penduduknya masih mengamalkan kepercayaan kuno, kata profesor bahasa dan kebudayaan China di Universiti Normal Nanjing, Xu Keqian.
Dalam amalan itu orang kampung percaya mengahwinkan mayat orang yang mati bujang akan mengelak daripada nasib malang akibat meninggal dunia dalam keadaan belum berkahwin. Menurutnya, mayat dipilih disemadikan semula dengan ‘pasangannya’ dalam satu ‘majlis perkahwinan’ dengan diiringi gong serta gendang diikuti majlis pengebumian. – AP

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: