10 Kes Bunuh Sumbat Mayat Dalam Tong Dram Dan Disimen Di Malaysia

0 Comments

lo
 10 Kes Bunuh Sumbat Mayat Dalam Tong Dram Dan Disimen Di Malaysia|Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan.

Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbat dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baharu kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.
beruntung
Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku.
Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998:
9 April 1998 -mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur.
11 April 2000 -mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong
9 Januari 2004 -satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak.
set
25 Mac 2005 -mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan.
16 November 2005 -Seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
29 Julai 2006 -Mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor
21 Mac 2009 -polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor.
29 Jun 2012 -satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang
daram
11 Februari 2015 -Satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang telah disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai telah dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu.
16 September 2015.Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul 6 pagi ini di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September. Polis telah menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju.Berita harian.
morais 2

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: