BIADAP!!!! PENGHINAAN ALVIN TAN TERHADAP TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM
MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.
Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.
Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.
“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” #FikirFikirkanlah #AllahBacul
Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu agama di dunia ini.
Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.
Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di kawasan kakinya itu.
Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah dengan ramai netizen.
Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan bersuara. – MYNEWSHUB.CC
0 comments: