Che Ta Tak Salah,Yang Salahnya Ialah....... – Ramli MS

0 Comments





Kuala Lumpur – Keputusan pelakon Rozita Che Wan aka Che Ta untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 telah ‘disambut baik’ oleh Edry Abdul Halim, selaku pengetua musim kali ini.
Laporan media menyebut Edry mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri dalam program berklenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan.
Che Ta nekad meninggalkan kerusi juri tetap selepas berasa terhina dengan teguran Edry terhadapnya di khalayak gara-gara dia memberi komen negatif terhadap peserta sewaktu siaran musim keenam Ahad lalu.
Sementara itu, menerusi laporan mStar online, seorang lagi pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan Edry menegur cara kritikan Rozita Che di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.
Ramli berkata, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas Rozita atau Che Ta, 42, yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.
Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.
“Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
“Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.
“Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini,” ujarnya.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: