Bolehkah Orang Kafir Masuk Masjid?

0 Comments

Bolehkah Orang Kafir Masuk Masjid?
Hiasan





Negara kita tetap aman walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Dek kerana hubungan baik ini, bolehkah rakan-rakan Kristian, Yahudi atau orang kafir masuk ke dalam masjid?

Tidak mengapa bagi orang kafir masuk ke dalam masjid atas tujuan syarak, seperti belajar tentang Islam. Rasulullah s.a.w membenarkan sebahagian delegasi kafir memasuki masjid supaya mereka boleh menyaksikan kaum Muslimin mengerjakan solat mendengar bacaan al-Quran dan khutbah baginda.

Di samping itu, baginda juga telah mengikat Tsumamah bin Attsal al-Hanafi di dalam masjid setelah berjaya ditawan dan akhirnya beliau masuk agama Islam. Rombongan pelancong kafir tidak  dibenarkan masuk ke dalam masjid dengan tujuan lawatan semata-mata bersama-sama wanita yang memakai pakaian yang tidak sopan sambil membawa kamera. Perbuatan ini adalah satu kemungkaran dan tidak boleh dibenarkan.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: