Thariq bin Zaid Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan
Thariq bin Ziad Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan ;Pada bulan Ramadan tahun ke 92 Hijrah, kaum muslimin dibawah pimpinan Thariq bin Zaid berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarahkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera muslimin berjaya menyeberangi selat diantara Afrika dan Eropah atas pemerintahan Musa bin Nushair penguasa islam ketika itu.
Setelah tentera islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan
agar semua kapal perang Islam dibakar sambil berpidato dengan penuh
semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam : "Musuh di depan kamu,
apabila kamu undur lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana satu
lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan
lautan. "
Ucapan Thariq ini telah membakar semangat tentera muslimin untuk
berjuang bermati-matian kerana ada di depan hanyalah berjuang sekuat
tenaga dan mengharapkan pertolongan Allah. Semangat ini berjaya
membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum muslimin dan
akhirnya Andalusia (Sepanyol) berjaya ditakluki tentera muslimin pada
bulan Ramadan.
Sejak itu, Andalusia (Sepanyol) menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya,
sehinggakan kemajuan teknologi yang ada dimiliki Eropah sekarang adalah
warisan teknologi umat Islam pada masa silam.
0 comments: