Kisah Rasulullah SAW dengan Hadiah Limau dari Wanita Kafir

0 Comments


Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir ketika baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Limau itu dimakan oleh Rasulullah seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak sebiji pun limau itu baginda berikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan, setiap ulas dengan senyuman, sehinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih baginda kepada wanita tersebut.

Sahabat-sahabat yang agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW, lalu bertanya hal tersebut. Dengan tersenyum, Rasulullah SAW menjelaskan, 
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”

Sementara itu, wanita kafir itu pula pulang dengan hati kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan untuk mempermainkan Rasulullah SAW & para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malang baginya, cubaannya dipatahkan dengan ketinggian peribadi Rasulullah SAW. Begitulah akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah memperkecilkan pemberian sesiapa pun, biarpun benda yang tidak baik, walaupun dari orang kafir. Sifat mulia Rasulullah SAW yang sangat menjaga hati orang lain juga akhirnya menewaskan musuh Islam dengan cara halus & bijaksana

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: