12 Senarai Semak Isteri Taat?
Bagaimana kita boleh mencapai tahap isteri yang solehah dan taat? Hayati apa yang dinyatakan di sini dan renung adakah anda termasuk dalam senarai berikut.
- Isteri solehah akan melayan suaminya dengan baik kerana itu adalah tuntutan. Mereka melakukannya semata-mata mentaati Allah dan mendapat keredhaan-Nya.Bila suami berhajat, segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan.
- Hiasi diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang sedang menangis kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka.
- Ada isteri yang melayan suami dengan baik tetapi menjadi marah atau bermasam muka apabila suami menyuarakan hasrat untuk kahwin satu lagi. Ini dinamakan cinta nafsu kerana mahu menguasai kasih sayang suami. Pada mereka bermadu itu satu kehinaan dan lebih rela suami mempunyai wanita simpanan.
- Isteri yang bertaqwa, tidak peduli sekiranya hidup bermadu kerana redha dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa bersabar atas setiap ujian dan melayan suami dengan ikhlas kerana tahu tanggungjawabnya sebagai isteri.
- Hanya isteri solehah sahaja yang gembira apabila dimadukan kerana sedar suaminya telah menyelamatkan seorang lagi wanita, solat wanita itu lebih khusyuk, melembutkan hati dan menenangkan fikiran.
- Selain itu, anda juga harus mengikis sebanyak mungkin sifat mazmumah yang ada dalam diri. Berdoa digantikan dengan lebih banyak sifat mahmudah agar dapat berdepan dengan segala ujian dengan tabah.
- Banyakkan menangis kerana Allah, bukan menangis kerana sayang harta dunia, takut dimadu dan sebagainya sebaliknya menangislah kerana takut azab Allah. Menangislah kerana rindukan–Nya .
- Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW kerana baginda diberi keistimewaan untuk mengenali umatnya. Umatnya yang bercahaya di Padang Mahsyar kelak akan dipimpin baginda menuju ke syurga.
- Jadilah isteri siddiqin. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa daripada suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa-apa yang disediakan suami diterima dengan penuh malu dan syukur. Kalau ada, adalah, kalau tidak ada dia bersabar. Untuk meminta tidak sekali-kali. Kalau diberi pun dia menolaknya dengan baik kerana lebih suka menolong suaminya. Kategori isteri begini sukar ditemui terutama diakhir zaman ini. Ini adalah wanita luar biasa.
- Isteri muqarrobin. Isteri yang tidak meminta daripada suaminya kecuali yang perlu. Yang tidak perlu, tidak akan diminta dan kalau diberi dia akan menolaknya dengan baik. Kalau yang diperlukan tidak ada, dia tetap bersabar. Tidak akan mendesak suaminya. Tetap bersabar dengan keadaan itu. Isteri begini juga sukar dicari pada zaman ini iaitu ketika orang memburu harta dunia.
- Isteri solihin. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu, sekali-sekala meminta yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada makan minum, tempat tinggal dan kenderaan. Namun, jika suami tidak memberi, dia tetap sabar.
- Isteri fasik. Isteri yang selalu sahaja meminta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia akan minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi, dia merungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Allah.
0 comments: