Cara Pegang Bayi Yang Betul

0 Comments

Pegang Bayi Dengan Betul
Pegang Bayi Dengan Betul
Anda pernah melihat seseorang kekok memegang bayi? Jika salah cara anda memegang bayi mungkin akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis.


Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu dan bapa sudah pasti pelbagai ilmu keibubapaan diketahui untuk memastikan bayi dalam penjagaan yang sempurna. Ini termasuk cara memegang bayi dengan selamat. Jom kita lihat cara ini.



PEGANG BAYI

1. Semasa bayi baring secara menelentang, anda perlu masukkan sebelah tangan pada bahagian bawah antara belakang dan punggung bayi. Ini untuk menyokong tulang belakang bayi yang masih lembut.

2. Secara bertentangan, masukkan tangan anda sebelah lagi ke bawah antara leher dan kepala bayi. Ini bertujuan untuk menyokong kepala bayi.

3. Seterusnya angkat kepala bayi secara perlahan-lahan. Tangan anda masih lagi menyokong kepala bayi dan tangan sebelah lagi bahagian punggung bayi. Ketika ini, kedua-dua tangan anda perlu memegang kuat  bayi untuk mengelak bayi terjatuh ke belakang.


LETAK BAYI

4. Setelah anda berjaya mengangkat bayi dengan selamat, seterusnya alihkan kepala bayi ke arah bahagian lengan anda supaya kepalanya dapat menyokong dengan kuat. Tangan satu lagi menyokong kepala bayi

5. Masih dalam posisi yang sama untuk meletakkan bayi, iaitu tangan menyokong kepala dan tangan sebelah lagi menyokong punggung bayi. Letakkan bayi dengan berhati-hati sambil menyokong badan bayi dengan selamat sehingga di atas tilamnya.

6.Setelah bayi berjaya diletakkan, secara beransur-ansur keluarkan tangan anda di bawah punggung bayi. Begitu juga tangan yang menyokong kepala bayi. Letakkan bayi perlahan-lahan secara selamat.


DUKUNG BAYI

Bayi yang masih kecil, perlu dipegang dengan cara yang betul untuk mengelak bayi mengalami kecederaan. Ini kerana tulangnya yang lembut itu memerlukan cara pegangan yang betul semasa anda cuba mendukungnya.


Terdapat dua jenis cara dukung biasa diketahui umum iaitu dukung pada bahu dan muka ke bawah. Cuba semak...


7. Posisi Bayi Pada Bahu
Cara dukung bayi dengan bayi pada bahu  adalah cara yang popular diguna pakai oleh setiap ibu bapa.  Posisi ini membuatkan bayi berasa selamat dan dekat dengan ibunya. Sokong berat bayi dengan meletakkan satu tangan ke bawah punggungnya dan tangan lagi satu untuk menyokong kepalanya.

8. Posisi Muka Ke Bawah
Cara dukung posisi berlainan ini mungkin membuatkan bayi suka. Bayi dalam kedudukan keadaan muka ke bawah dengan dagu dan pipi direhatkan pada lengan anda. Posisi ini sesuai untuk meredakan masalah kembung perut pada bayi. 

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: