Syarat Wanita Hamil Berpuasa Penuh
Ramai wanita hamil mengambil peluang untuk berpuasa penuh sempena bulan Ramadan ini. Di sebalik berpeluang untuk puasa penuh, perasaan risau turut menyelubungi wanita hamil ini kerana khuatir menjejaskan kandungan. Entri ini mungkin boleh membantu anda berpuasa penuh.
Secara logik, wanita hamil memerlukan nutrien dan tenaga sepanjang masa. Namun, tidak ada salahnya wanita hamil mahu berpuasa asalkan bergantung kepada beberapa faktor.
Wanita hamil pada peringkat awal disarankan untuk tidak berpuasa kerana pada peringkat ini, wanita hamil biasanya berdepan dengan alahan yang teruk terutama pada trimester pertama. Malahan, pada trimester ini juga digalakkan untuk mengambil banyak nutrien untuk pembentukan janin yang sihat.
Berbeza dengan wanita hamil yang berada pada trimester kedua dan ketiga, mereka boleh berpuasa jika mempunyai tahap kesihatan yang baik seperti tidak mempunyai masalah kencing manis, kurang darah dan tekanan darah tinggi. Jika wanita hamil yang bermasalah tetap mahu berpuasa, kemungkinan hanya mampu bertahan sehingga tengahari kerana dikhuatiri akan muntah atau loya terus dan sakit kepala.
Jika anda tergolong wanita hamil yang kuat dan yakin menahan puasa, ada beberapa tip yang boleh diikuti supaya anda tidak berdepan masalah termasuk tidak menjejaskan kandungan.
1. Elakkan melakukan aktiviti yang membuatkan anda merasa kurang selesa dan panas.
2. Berehat secukupnya.
3. Elak berjalan jauh dan mengangkat barang berat.
4. Minum banyak air kosong ketika sahur untuk mengelakkan dehidrasi.
5. Makan makanan yang memberikan tenaga berpanjangan misalnya buah kurma, buah tin dan kekacang.
6. Ambil makanan berprotin tinggi seperti daging dan telur.
5. Elak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula.
6. Dekatkan diri dengan membaca Al-Quran, sentiasa bertenang dan jauhi stres.
Tidak ada paksaan untuk wanita hamil berpuasa atau tidak. Sebaiknya rujuklah kepada doktor anda supaya doktor boleh memberi pendapat.
Lagipun, jika tidak mampu berpuasa sekali pun tidak mengapa. Ada banyak cara untuk anda mengganti puasa dan yang penting nikmati saat menjadi seorang ibu!

0 comments: