Tanam Cinta Perlu Berbisa!
Pasti sepi rasanya kala rumah tangga yang indah dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa aura romantik seperti dulu. Bila ini berlaku, jangan biarkan hari-hari anda dan suami terus suram. Sebaliknya bangkitlah dan ubah corak kehidupan anda sambil pupuk cinta semula bersama suami tercinta. Lakukan kembali kesemua langkah pada zaman anda bercinta dahulu. Intai tip yang kami berikan ini.
1. Imbau Detik Lama
Ingat kembali bagaimana suami anda cuba mendapatkan anda dulu. Namun kali ini bertukarlah, anda pula yang cuba mendapatkannya semula. Tidak salah bukan? Jika dahulu dia berusaha mendapatkan nombor telefon anda melalui teman atau melalui kiriman nota ringkas kepada anda. Lakukan perkara sama. Berikan nota kecil kepadanya tanda anda mahu memikatnya.“Boleh saya berkenalan dengan awak”. Ringkas namun anda pasti buat suami terkejut.
2. SMS Ringkas
Hantar pesanan ringkas menyatakan keinginan anda untuk lebih mengenalinya. Pancing hati suami dengan ayat pelik yang bikin hatinya cuak seketika. Ayat-ayat ringkas tetapi penuh daya tarikan buat suami ‘turn on’ kembali mood bercinta.
3. Atur Janji temu
Bila hati sudah tercuit apa kata anda ajak suami untuk dating di luar. Makan malam dengan menyalakan lilin di meja makan pasti buat bangkit semula rasa cinta. Pastikan anda berdua sahaja tanpa ditemani anak-anak yang pastinya akan mengganggu waktu anda berdua. Restoran makanan mewah pastinya menyajikan pemandangan yang cukup selesa untuk anda mengimbau detik manis bersama.
4. Kirimkan Hadiah
Sesekali ada baiknya anda bikin kejutan buat suami tercinta. Hantar kiriman hadiah berbentuk barangan atau apa sahaja ke pejabatnya supaya dia lebih teruja. Usikan teman-teman pasti buat dia rasa bangga kerana memiliki isteri seperti anda.
5. Pilih Midnight
Jika dahulu ketika bercinta anda boleh menonton wayang midnight bersama-sama, mengapa tidak selepas berkahwin? Ajak suami untuk kongsi minat ini sekali sekala. Biarkan anak-anak tidur terlebih dahulu dan keluarlah menonton bersama suami. Lakukan kejutan dengan membeli tiket terlebih dahulu dan letakkan tiket ini di dalam dompetnya. Surprise!
6. Dating Selalu
Ambil masa berdua untuk keluar dating bersama-sama seperti waktu bercinta dahulu. Sebulan sekali perlu untuk anda suntik semula rasa cinta ini. Pikat suami sehabis baik. Peganglah tangan ketika berjalan atau paut lengannya. Pasti si dia cukup suka akan perlakuan manja anda ini.
7. Sentuhan Mesra
Setiap kali berdating samada menonton wayang atau ketika makan sekalipun, pastikan akan bersentuhan dengan suami tercinta. Letakkan tangan di atas pahanya atau sesekali suapkan makanan dengan lembut kepadanya. Romantik sekali. Namun yang pasti semuanya halal belaka. Itulah kelebihan anda dan suami.

0 comments: