#FBP2015 : Keayuan & Aksi Memukau Fariha Buat Pengunjung Cair & Terpukau!

0 Comments

Lelaki mane yang tak cair kalu tengok penampilan dan keayuan Fariha di pentas Chillex Zone? Nama Norhazwani menjadi sebutan apabila beliau menjadi juara dalam pertandingan Muslimah
Anggun yang dianjurkan oleh Puspanita dan Dara.com.

Bertempat di Pavilion Chillex Zone, pertandingan ini berjaya menarik penyertaan 27 peserta walaupun pihak penganjur hanya membuka penyertaan sebanyak 20 orang peserta sahaja. Namun, disebabkan sambutan yang cukup hangat mereka tetap menerima penyertaan walaupun melebihi 20 orang.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu "Makeup Artist" dan "Talent". Bagi kategori "Mackup Artist", Johan dirangkul oleh Aidatul Saliza Bt Mohamad Alias @ Ayit. Naib Johan pula dimenangi oleh Fakhrani Nur Bt Abdul Rahman manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Shahrina Bt Arafat Paramanandam.

Bagi kategori yang menjadi tarikan pengunjung iaitu kategori "Talent", Naidatul Fariha Bt Mat Nick berjaya merangkul tempat johan diikuti Dayang Siti Norlizah Bt Abdul Liman mendapat tempat kedua dan tempat ketiga diisi oleh Hamizah Bt Anuar.

Dengan penganjuran pertandingan ini, bakat-bakat anak muda dapat dicungkil dan diketengahkan selaras dengan tema Festival Belia Putrajaya 2015 iaitu "Talent Showcase". BC ucapkan tahniah kepada muslimah-muslimah yang berjaya.











Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: