Lelaki 99 Tahun ini ialah Hero Sejati dan antara manusia terbaik dalam Dunia

0 Comments

Nampak lelaki tua ini ? Dia adalah antara manusia yang patut kita contohi. Kenapa ? Sila Baca selanjutnya. :)
Beliau ialah Dobri Dobrev yang berusia 99 Tahun, beliau hilang keupayaan mendengar sekitar Perang Dunia Ke-2. Rutin harian beliau ialah berjalan kaki sepangjang 25 Kilometer dari rumah beliau ke Bandar Sofia,Bulgaria dengan hanya memakai pakaian yang dijahit sendiri dan berkasut diperbuat daripada kain biasa untuk meminta sedekah, tapi..
Apa yang pelik dan mengujakan, beliau bukan meminta sedekah untuk dirinya. Selain itu, Dobri juga bagus dalam pengurusan kewangan, setiap bulan perbelanjaan beliau kurang daripada 100 USD iaitu sekitar RM327.70.
Dianggarkan jumlah wang yang dikutip oleh beliau mencecah 40 000 Euro sepanjang tahun atau RM 179,277 dan kemudiannya mendermakan wang tersebut kepada rumah anak yatim yang tidak mampu membayar bil mereka.
Beliau tidak pernah meyimpan walaupun 1 sen wang derma tersebut, justeru kesemuanya untuk rumah anak yatim.
Sesetengah orang memanggilnya "Saint Of Baylovo" iaitu tempat kelahiran beliau. Tahun ini beliau akan menyambut hari ulang tahun ke-100.
Sememangnya beliau dihormati dan disenangi ramai. Mereka menggelar beliau sebagai "Dyado Dobri"
(Grandpa Dobri) dan beliau memberikan contoh yang terbaik dalam melakukan kebaikan dengan cara tidak mementingkan diri sendiri.

Jadi jika kamu memerlukan role model, Beliau boleh menjadi salah satu contoh teladan. Dengan adanya sifat seperti ini dalam diri setiap manusia, pastinya dunia ini menjadi lebih baik. :)

Kisah beliau cukup menyentuh hati bukan ? ya saya akui, saya terharu...
semoga Grandpa Dobri dipanjangkan umurnya...

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: