Bertengkar Masalah Remeh?

0 Comments

Bertengkar suami isteri perkara remeh?
Suami isteri bertengkar suami isteri hanya kerana perkara remeh?
Sebenarnya dalam perkara ini, suami tidak boleh ambil ringan dengan apa yang terjadi. Ada kalanya perkara remeh juga boleh menyebabkan pasangan bertengkar antara satu sama lain. Kita perlu tahu dan kenal apa perkara remeh yang boleh membuatkan pasangan itu bergaduh sebelum cuba mencari jalan penyelesaiannya.

1. Jadikan diri pendengar yang baik
Tidak salah jika anda meletakkan diri sebagai pendengar yang baik. Dengar apa yang mahu diperkatakan pasangan dan biarkan dia meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin dengan cara ini akan melegakan perasaannya yang sedang marah dan secara tidak langsung boleh mengelakkan sebarang pertengkaran daripada berlaku. Setelah dia meluahkan apa tersirat, bolehlah anda cari jalan penyelesaian setiap masalah yang dihadapi.

2. Saling bantu-membantu ringankan kerja rumah
Sesekali anda juga sebenarnya boleh membantu pasangan dalam menyelesaikan urusan kerja rumah. Jika masing-masing bekerja, sudah tentu penat untuk membuat kerja-kerja rumah setelah pulang ke rumah. Jangan biarkan pasangan sendiri menguruskan kerja rumah, sebaliknya apa kata anda bersikap ringan tulang membantunya seperti membasuh pinggan, mencuci pakaian ataupun membantu melayan kerenah ana-anak.

3. Bercerita pelbagai kisah yang boleh mengundang keseronokan
Jika masing-masing bekerja, sudah tentu perbualan banyak berkisar soal pejabat yang ada kalanya membuatkan kita tertekan. Apa kata bagi mengelak pertengkaran, anda jangan bawa masalah pejabat di rumah. Sebaliknya kedua-duanya saling bercerita suatu yang menyeronokkan seperti mengingatkan kembali saat manis berbulan madu, ataupun cerita ringan yang tidak memeningkan kepala kedua-duanya.

4. Tawar diri uruskan perkara remeh
Jika isteri anda memang seorang suri rumah, apa kata anda tawarkan diri melakukan pelbagai pertolongan yang boleh dianggap sebagai rutin hariannya. Misalnya urusan membuat susu anak, mengemop lantai, menyapu dan membuang sampah ataupun membersihkan bilik mandi. Jika anda menolongnya nescaya sifat untuk marah akan hilang kerana anda sentiasa bersedia membantunya di rumah.

5. Jangan sesekali terima telefon di tengah malam
Satu lagi perkara yang perlu dielak untuk mengelakkan pertengkaran adalah jangan sesekali menerima telefon di tengah malam ataupun melayani panggilan secara berpanjangan. Pasangan memang pantang jika ada gangguan dari pihak luar terutama di tengah malam kerana boleh menimbulkan rasa curiga di hati pasangan, kecuali hal kecemasan.

6. Rancang aktiviti bersama di hujung minggu
Jika isteri anda seorang suri rumah, pastinya dia akan terasa bosan mengerjakan rutin harian yang sama. Kebosanan yang dialaminya ini ada kalanya boleh menimbulkan tekanan hingga menerbitkan rasa marah pada pasangan. Jadi sebelum dia marah, apa kata anda terus merancang aktiviti bersama pada hujung minggu. Lebih menyeronokkan jika aktiviti yang dilakukan adalah kejutan buat pasangan seperti membawanya ke pusat peranginan atau destinasi yang menjadi pilihannya selama ini.

7. Jangan terlalu berkira terutama soal duit
Anda juga diingatkan jangan terlalu berkira soal duit. Sesetengah pasangan, duit adalah hal yang paling sensitif dan jika ditanya berlebihan boleh membawa kepada pertengkaran. Jika pasangan meminta wang, berikan sahaja kerana menjadi tanggungjawab anda menyara kehidupannya walaupun dia bekerja. Anggaplah sumbangan itu adalah sebahagian tuntutan nafkah yang wajib diberi kepadanya.

8. Jangan paksa pasangan lakukan seks
Anda juga perlu menghormati kehendak pasangan. Misalnya jika dia menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim kerana disebabkan keletihan bekerja ataupun menguruskan anak. Sekiranya dia sudah bersedia barulah boleh melakukan hubungan intim yang memang wajib ditaati oleh setiap isteri. Namun isteri juga diingatkan tidak mengambil kesempatan memberi alasan letih dengan tidak melayani kehendak batin suami

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: