Perlu Tahu Tanggungjawab Suami!
Bukan mudah menjadi suami mithali. Terlalu besar tanggung jawab yang pelu dipikul. Lantaran itu ilmu amatlah penting dalam melaksanakan `amanah’ yang dipikul agar bahtera rumah tangga berjalan lancar menurut landasan yang ditetapkan agama. Antara kewajipan utama suami:
Adil
Seorang suami mesti berlaku adil kepada isterinya yang merupakan amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Suami adalah pemimpin
Suami adalah ketua dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Penjaga Keselamatan dan Kebajikan
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar. Oleh itu si suami hendaklah bersedia dan peka tentang keselamatan dan kebajikan keluarganya.
Nafkah
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Pendidikan
Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum agama dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Pelindung
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Melayan dan menggauli isteri dengan baik
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Berakhlak Terpuji
Suami perlu sentiasa menjaga akhlaknya. Ini kerana ia menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak. Jika pincang akhlaknya, dibimbangnya akan mempengaruhi akhlak isteri dan anank-anaknya.
Tahu akan tanggungjawab
Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safeh) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya
Menjaga maruah isteri
Suami wajib menjaga maruah isterinya. Janganlah dia sekali-kali menceritakan kekurangan isteri kepada orang lain.

0 comments: