6 Kesilapan Bergaya Buat Anda Lebih Tua

0 Comments


Hiasan
Siapa yang tidak 'makan hati' melihat rakan sebaya tampak lebih muda dan seiring usia berbanding kita yang kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ketahui kesilapan yang anda lakukan tanpa anda sedari.

1. Menyembunyikan bentuk tubuh badan
Jika anda cuba menyembunyikan pinggul, lengan atau perut anda dengan blazer yang besar, anda sebenarnya membuatkan diri anda kelihatan lebih 'berat'. Sepatutnya, anda perlu mencari blazer yang mempunyai potongan tubuh badan  untuk menampakkan anda lebih ramping dan mengecilkan pinggul di samping menutup perut buncit.

2. Helah memakai skirt
Hanya kerana usia anda semakin meningkat, tidak bermakna garis kelepet pada skirt anda turut panjang sehingga mencecah lantai. Memakai skirt yang terlalu panjang cenderung menampakkan anda kelihatan besar dan rendah. Untuk mengenakan skirt yang cantik dan sesuai dengan usia anda, pastikan anda memilih 'midiskirt' . Pendek kata, cari skirt panjangnya sehingga betis. Bagi yang mahu menutup keseluruhan kaki, pastikan skirt yang berfabrik lembut atau satin kosong supaya ketika anda memakainya, ia jatuh dengan cantik.

3. Pilih coli yang sesuai
Saiz coli yang salah akan menyebabkan anda kelihatan pendek, tua dan berat. Begitulah pendapat pakar coli, Becker, di mana penyangkuk sepatutnya berada di cangkuk paling longgar dan ia akan menjadi lebih ketat kerana coli meregang sepanjang masa. Saiz payudara berubah akibat pertambahan atau kehilangan berat dan pertukaran hormon. Anda disarankan melakukan pemeriksaan saiz sekali setahun dan membeli coli baru setiap enam hingga lapan bulan.

4. Jeans terlalu banyak kedut
Denim yang berkedut dikatakan memberi keselesaan dan gaya buat wanita walhal ia sebenarnya menunjukkan betapa banyak 'ketulan' yang anda ada. Adalah lebih baik mencari denim yang hanya mempunyai dua peratus saja fabrik elastik. Pemilihan jeans yang betul akan mencantikkan anda berbanding jeans yang seolah-olah padat dengan bentuk kaki anda.

5. Kaca mata terlalu 'geek'
Bingkai hitam dan tebal akan menampakkan kedutan dan bayang bawah mata lebih ketara. Wanita seperti anda lebih sesuai mengenakan bingkai plastik yang mempunyai sedikit kilauan atau permata hiasan kerana membantu mencerminkan cahaya. Kebanyakan wanita cuba menyamarkan kedutan dan bawah mata dengan bingkai besar. Sepatutnya, semakin meningkatnya usia anda adalah semakin kecil bingkai anda sepatutnya.

6. Memilih sandal yang lebar
Memang benar keselesaan perkara penting untuk mencari kasut tetapi biarlah kena pada imej. Ramai wanita memilih sandal berbanding kasut kerana mahu keselesaan dan memudahkan pergerakan. Tidak ada salahnya memilih sandal tetapi pastikan sandal yang dicari mempunyai sedikit 'ketinggian' untuk memberi gaya jalan yang menarik. Elak mencari sandal yang lebar pada bahagian kaki kerana membuatkan anda seperti sedang sedang bersantai di luar rumah!

Jika anda tidak mahu dilabel sebagai wanita yang tidak pandai bergaya dan mahu meningkatkan keyakinan anda, betulkan penampilan anda supaya suami tidak akan pandang pada wanita lain yang lebih bergaya! Setuju?

sumber: WEB SERI DEWI KELUARGA

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: