Kenali Sisi Sensitif Seorang Lelaki

0 Comments

Kenali Sisi Sensitif Seorang Lelaki
Kenali Sisi Sensitif Lelaki

Kaum wanita peka dengan semua perkara, tetapi adakah anda sudah cukup memahami perkara sensitif tentang pasangan anda? Mungkin nampak macho, tetapi soal hati siapa boleh baca? Jom kita lihat sisi sensitif seorang lelaki...

Mudah cemburu

Tidak semua lelaki dapat memberitahu dengan jelas tentang rasa cemburu mereka. Lebih-lebih lagi jika wanita tersayang berbual mesra dengan lelaki lain. Selalunya, mereka akan memberi ‘hint’ dengan menyatakan tidak suka kekasih atau isterinya terlalu mesra dengan lelaki lain. 

Ditolak

Mungkin dari luarannya, seorang lelaki itu tidak kisah sekiranya cintanya ditolak oleh wanita yang disukainya. Selalunya lelaki lebih suka sembunyikan rasa sedih. Mulut boleh kata ‘tidak mengapa’ tetapi sebenarnya dalam hati terluka dan akhirnya meletup saat tahap kesabaran sudah 'haus'.

Buat salah

Ya, lelaki memang ego. Terbukti buat salah dan kelemahan sudah jelas sana sini pun, mereka tidak akan akui. Bukan kerana mereka bersifat kejam dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain, tetapi sebenarnya mereka mahu melakukan yang terbaik dan nampak sempurna pada mata yang dicintainya. Cuba uji lelaki kesayangan anda sekarang, tengok ego atau tidak. 

Dibandingkan

Siapa yang suka dibandingkan? Lelaki suka wanita berterus terang tentang kelemahan mereka dengan cara jujur tanpa dibuat perbandingan dengan sesiapa sahaja lebih-lebih lagi bekas teman lelaki. Sekali pun niat anda mahu betulkan keadaan, anda boleh nyatakan dengan cara lain yang lebih menjaga hati seorang lelaki.

Menerima kejutan

Pernah melihat bagaimana reaksi lelaki saat wanita tersayang atau ahli keluarga terdekat melakukan kejutan hari jadi misalnya terhadapnya? Pasti mereka akan terdiam seribu bahasa dan tergamam dengan kejutan tersebut. Lelaki akan menyatakan ‘tidak perlu susah-susah atau membazir sahaja beli kek’, namun hakikatnya si dia sangat terharu dan lebih rasa dihargai.

Meminta bantuan

Apabila ditimpa kesusahan, lelaki akan mudah meminta bantuan daripada rakan-rakan lelaki. Tetapi saat si dia mula meminta bantuan kekasih atau isterinya, ini menunjukkan dia sudah habis ikhtiar. Memang memalukan meminta wang daripada wanita, namun itu lebih baik daripada menyembunyikan masalah. Tetapi kalau kerap sangat minta wang, anda kena jaga-jaga. Risau pula jika lelaki yang anda rapat itu adalah jenis pisau cukur.

Diketepikan

Lelaki lebih gemar menjadi orang pertama yang tahu sebarang berita, keputusan oleh kekasih atau isterinya. Elak berlaku kes lelaki diketepikan dalam sesuatu perancangan jika tidak mahu mereka rasa sedih dan emosi. 

sumber:Mingguan Wanita

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: