Punca Sebenar Bayi Sukar Menyusu Badan

0 Comments

Punca Sebenar Bayi Sukar Menyusu Badan
Punca Sebenar Bayi Sukar Menyusu Badan
Agak merisaukan hati ibu jika setiap kali ingin menyusukan badan, si kecil tidak dapat menyusu dengan sempurna secara terus daripada ibu sehingga menyebabkannya sentiasa menangis.

Namun kerana sayang, ibu pasti pilih alternatif dengan cara memberi minum susu perahan di dalam botol. Lagi pelik, jika anak sebelum ini si ibu tidak menghadapi masalah menyusukan anak. Malahan anak sulung mampu saja menyusukan sehingga berumur tiga tahun.


Boleh jadi anak anda itu menghadapi masalah Tongue-tie. Cuba semak jika ada kaitan...



SIMPTOM-SIMPTOM

Walaupun Tongue-tie dikatakan tidak mendatangkan masalah untuk makan atau pertuturan, tetapi sesetengah bayi akan mempunyai masalah dengan penyusuan kerana mereka tidak akan dapat untuk menggunakan lidah untuk menghisap susu dengan sempurna serta tidak akan mendapat susu yang cukup.
 

Sebaliknya, ibu mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti puting melecet, bahkan ada ketika sampai berdarah akibat mulut bayi yang menempel pada puting dan gusi akan ‘mengunyah’ puting.

Simptom-simptom Tongue-tie pada bayi pula antaranya:

• Bayi sukar/gagal membuka mulut sehingga sukar untuk menghisap puting.
• Bayi boleh menjadi kembung atau cepat ‘kenyang’ disebabkan banyak menghirup udara daripada menghisap susu.
• Bayi akan mengeluarkan bunyi bising semasa menyusu.
• Susu terkeluar dari mulut semasa sedang menyusu disebabkan bayi tidak mengunci payudara dengan bibirnya.
• Tersedak, batuk bahkan ada ketikanya muntah ketika menyusu disebabkan kesukaran bayi memasukkan puting ibu mengarah ke kerongkongnya.
• Berat badan bayi terencat/tidak bertambah (lambat).


Bayi Tongue-tie tidak semestinya mempunyai gejala-gejala yang disebutkan atau sekiranya mempunyai gejala ini, tidak semestinya disebabkan masalah ini.  



DIAGNOSIS & RAWATAN

  1. Biasanya Tongue-tie dapat dikenal pasti menerusi pemeriksaan rutin perubatan bayi dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahirannya.
  2. Pakar pediatrik akan meletakkan jari di dalam mulut bayi untuk memeriksa lelangit dan lidahnya.
  3. Dari segi rawatan, dalam sebahagian kes, masalah ini boleh pulih sendiri menjelang akhir tahun pertama usia bayi.
  4. Namun, jika bayi masih mempunyai masalah selepas tempoh berkenaan, pakar pediatrik boleh mempertimbangkan kaedah pembedahan.
  5. Pembedahan juga mungkin dilakukan sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan atau tidak memberi maklum balas terhadap rawatan terapi pertuturan.
  6. Dalam satu kajian yang dijalankan pakar bedah pediatrik menunjukkan pembedahan pembahagian frenulum berjaya membolehkan kira-kira 60 peratus bayi menyusu dengan jayanya untuk sekurang- kurangnya tiga bulan selepas pembedahan.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: