5 Sebab Lelaki Mudah Curang

0 Comments

5 Sebab Lelaki Mudah Cuang
5 Sebab Lelaki Mudah Cuang

 

Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

1. Tidak menyediakan keperluan

Kalau pun benar sibuk dengan urusan kerja, jangan pula sampai abaikan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar, sudah pasti si dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.
 

 

2. Sukar beri layanan seks

Masih ada yang kurang ambil berat apabila masuk bab ini. Tambah pula selepas punya anak, ada yang curi peluang bagi alasan sibuk anak. Bahaya, sebelum terlambat anda boleh ubah. Perlu anda tahu, seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Penat mana sekalipun, jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Lagi bahagia buat si dia jika anda boleh beri lebih daripada itu. 
 
 

3. Buat seperti orang suruhan

Mungkin kadang tidak mampu kawal emosi, tetapi lelaki cukup tidak suka jika pasangan memarahi mereka sesuka hati di khalayak ramai. Pendek kata, ini berkait dengan soal maruah lelaki. Paling penting, jangan bersikap ‘queen control’ kerana lelaki akan rasa dirinya diubah dan disekat. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.
 
 

4. Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Alasan selalu diguna, itu kawan dan ini juga kawan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. 
 

5. Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: